Monday, February 21, 2011

Sekitar Politik UKM

Bahang PRK : Calon - Calon Fabret Gua!!

Alamak dah lebih 24 jam tak update blog. Sori2 pembacaku sekalian. Sibuk sikit semalam dengan program yang aku kira membangkitkan ruh jihad dalam kalangan Pemuda2 di seluruh Malaysia. Takpa2 hold dulu story tentang tu. Kita teruskan minggu ungu kita di blog aku ni. Esok adalah hari pengundian. So apa yang anda perlukan ketika hari pengundian esok?selain membawa kad matrik masing2 anda perlu mengetahui siapa yang anda perlu undi. Siapa nama mereka dan yang penting nombor calon mereka.. Sangat penting ter!! (tukar sikit.asyik der je)haha

Kalau aku nak listkan semua memang la banyak kan. So aku listkan untuk calon UMUM dan calon FST sahaja. Yang lain tu aku akan cuba untuk letakkan kemudian ataupun anda boleh mendapatkan sumber dari FB rakan2 anda nanti. Seterusnya untuk kesemua calon yang aku lsitkan ni. Aku akan pilih beberapa calon kegemaran aku untuk memenangi PRK kelak. Aku sertakan juga sebab kenapa aku memilih mereka. Tapi harus diingat bukan aku tidak menyokong yang lain. Tapi aku memberi penekanan kepada diorang ni je.

Calon UMUM Tahun 2

1. Noraini Binti Jumahir = Calon No 1
2. Haziq Asyraf Bin Dun = Calon No 3
3. Mohamad Arief Bin Othman = Calon No 10
4. Muhamad Azan Bin Safar = Calon No 11
5. Mohd Fadhlan Bin Sugiman = Calon No 14
6. Mohamad Fariq Fitri Bin Mohd saleh = Calon No 15
7. Norazidah Binti Mashan = Calon No 16

Calon UMUM Tahun 3

1. Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff = Calon No 2
2. Muslimah Binti Marsi = Calon No 4
3. Muhammad Harith Bin Abdul kadir = Calon No 6
4. Aida Rahayu binti Mohd Badri = Calon No 10
5. Wan Ahmad Fahmi Bin Wan Abdul Hamed = Calon No 11

Calon FST Tahun 2

1. Siti Hajar Binti Yusoff = Calon No 3
2. Mohd Hazim Bin Haznan = Calon No 4

Calon FST Tahun 3

1. Nor Amalina Binti Sazali = Calon No 2
2. Nur Mardhiah kamrudin = Calon No 3

Ok. Sekarang masa untuk aku menerangkan tentang calon2 yang sangat aku harapkan untuk menang. Macam mana nak menang?mestilah aku mengharapkan korang undi kan? So harap2 la korang memenuhi harapan aku.haha.

Bermula dengan calon UMUM Tahun 2. Aku akan memilih 3 orang yang aku merasakan terbaik. Pertamanya mestilah Adikku Fariq Fitri yang juga merupakan duta GMUKM. Aku sangat tekankan kat sini. Aku SANGAT2 mengkagumi beliau. Post aku sebelum ni pun aku dah memuji dia. Anda boleh belek balik. Dia mempunyai karisma tersendiri dan sangat2 menghormati orang lain walaupun aku kira dia semakin hebat. Corak pemikiran dan penulisannya membuatkan aku rasa tersangat lah rugi andai anda tidak mengundi dia.Seawal pertemuan kami sejujurnya aku cakap budak ni nampak poyo tapi hakikatnya dari hari ke sehari aku semakin menkagumi daya kepimpinan dan kesungguhannya dalam bergerak kerja tanpa mengenal erti lelah. Maka undilah ADIKKU ini calon anda nombor 15.

Seterusnya Mohd Fadhlan yang merupakan lepasan Darul Quran. Kali pertama kami bertemu adalah ketika di program Kembara Al Kahfi yang aku merupakan programmer nya. Penglibatannya dalam program ni sangat mengkagumkan. Tersangat hebat apabila memikirkan seorang yang baru sahaja berada di tahun 1 sangat petah dalam berpidato di pentas. Sampaikan aku menggelarnya Ustaz Poligami dek kerana kepetahannya ketika berpidato tentang isu poligami ketika program tu. Haha. Rentetan dari tu aku pun memanggil dia untuk berceramah di Kolej Ibu Zain tapi aku sedikit ralat sebab penceramah hanya berjalan kaki mendaki tangga KIZ tu. Apa punya pengajur lah aku. Tapi bukankah itu menunjukkan kerendahan hatinya??. Alhamdulillah respon dari pendengar ceramah sangat2 aku banggakan. Mana taknya ayat alquran begitu licin terpacul dari mulutnya satu persatu. HEBAT!! .Maka undilah USTAZ POLIGAMI calon anda nombor 14.

Seterusnya saudari Noraini atau aku lebih kenal nanie mujahidah. Seorang yang sangat ceria. Aku ingat lagi trade mark dia time mula2 kenal juga di Kembara Al Kahfi dulu. Menggegam tangan ke atas sambil cakap mantap3x. Antara salah seorang peserta terbaik Kembara Al kahfi yang terpilih untuk berforum di hujung Program tersebut. Penyampaian yang sangat bersahaja dan yang penting agak melucukan.haha. dari sudut gerak kerja aku nampak dia sangat lah bersemangat. Macam susah je nak tengok muka dia masam. Asyik senyum je. Maka undilah SISWI MUJAHIDAH calon anda nombor 1.

Seterusnya calon umum tahun 3. Alamak. Ni yang membuatkan aku sangat2 konfius. Adoi. Semuanya SANGAT2 BAGUS. Rasa macam nak describe sorang2 je. Tapi aku perlu juga pilih untuk membuatkan entry aku tak jadi panjang sangat.hehe. Tapi semuanya terbaik.so cane2? Takpe lah kita aku ambil juga antara mereka.

Pertamanya mesti lah Muslimah Marsi. Duta GMUKM yang semakin menempa nama terutamanya dalam kalangan siswi. Siswa pun apa kurangnya. Aku memahami ramai siswa yang akan undi dia sebab wajahnya.haha. Dia merupakan pelajar yang sangat aktif di Kolej Ungku Omar. Bukan sahaja di Kolej, di Fakulti malah Persatuan Anak Negeri pun dia sangat aktif. Anda boleh pergi bertanya kepada semua orang yang pernah berorganisasi dengan dia tak kira yang bercorak silamik mahupun yang lain2 lagi. Tanyalah tentang PR dia. Sangat cantik sebenarnya. Komunikasi dengan orang sekeliling tak kira la latar belakang bagaimanapun. Sangat MESRA dengan semua orang. Maka undilah DUTA MESRA calon anda nombor 4.

Seterusnya Mohd Abdullah atau aku panggil Mad je. Seorang yang sangat berjiwa besar!! Idea semua bernas. Pertama kali aku mula jumpa dia memang aku rasa dia yang jenis yang amat serius. Tapi ketika pertama kali berorganisasi aku mula rasa amat selesa dengan dia. Yang paling penting pandai melawak mengalah aku pulak.haha. Dari sudut kepimpinan aku sangat merasakan dia lah pemimpin yg ideal untuk diundi. Dari sudut kekuatan jiwa. Walaupun merupakan lepasan matrikulasi tapi ilmu agama sangat tinggi. Exco tarbiyah tu... Lagi satu yang aku sangat respek sebab walaupun tanpa sebelah tangan tapi beliau sangat kuat untuk berprogram. Pinjam motor kawan dan menunggang sendiri dengan tangan sebelah di waktu malam untuk bermeeting bersama2 aku dulu cukup mengkagumkan aku. Maka undilah SISWA BERJIWA BESAR calon anda nombor 6.

Sekarang masuk pula kepada Calon Fakulti Sains dan Teknologi. Untuk tahun 2 aku pasti memilih junior geologist ku Hazim. Mungkin dari segi ilmu geologinya aku sedikit terkehadapan tapi dari segi ilmu agamanya aku adalah SANGAT JAUH di belakang. Merupakan Jaksa Kerohanian KPZ hasil dari sahsiah diri dan keaktifannya di kolej kubu ASPIRASI itu. Dengan keaktifan di kolejnya itu aku kira cukup untuk menjadi sebab kenapa budak FST perlu mengundi beliau. Keaktifan di fakulti? Kompom la sangat aktif punya. Hasil dari tarbiyah dan pengajiannya dipondok membuatkan aku respek dengan dia. Dia antara contoh yang boleh kita jadikan ikutan yang sesekali tidak membuatkan kesibukan belajar ilmu sains ini menghalang dari kita faqih dalam ilmu keagamaan dalam meramaikan golongan PROTAZ (Professional Ustaz). Maka undilah IKON PROTAZ calon anda nombor 4.

Terus ke calon FST ttahun 3. Aku meletakkan Mardhiyah menjadi calon untuk anda perlu undi. Aku pun tak mengenali sangat dia ni. Tapi dari pemerhatian jarak jauh aku melihat dia merupakan antara siswi yang bergerak bersama islam tapi perhubungannya dengan rakan sebaya amat slumber. Kira macam Ustazah Slumber juga la. Cerianya lebih kurang macam Nanie tadi. Sama jarangnya untuk aku melihat dia bermasam muka. Maka undilah USTAZAH SLUMBER calon anda nombor 3.

Aku rasa cukup sekadar ini coretan aku untuk beberapa calon kegemaran aku. Tapi ingin aku tegaskan di sini aku lebih suka andai kalian semua memilih untuk mengundi SEMUA calon yang telah aku senaraikan kat atas tadi tu. Semuanya merupakan calon yang terbaik yang datang dari Mahasiswa yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada Mahasiswa.

Wallahualam...

BerGM Lebih Baik!!~~

p/s:copy dari ikutsukaatiaku.blogspot.com